titotiptop
Jom Diet!
Monday, 20 February 2012 • 09:43 • 0 comments



Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tulis pasal kesihatan. Saje nak kongsi ilmu yang aku baru dapat ni. Should be good for you also.

Sering kali kita mendengar insan-insan yang nak mengecilkan badan mengucapkan perkataan ni kan --> "Eh, aku dietlah, taknak makan". Aku interpret makna ayat tu sebagai tak mahu makan untuk menguruskan badan. Tapi, tahukah anda maksud perkataan diet itu sendiri? Mengikut satu sumber yang aku google, maksud diet yang sebenarnya ialah sesuatu pilihan makanan yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan atau untuk menghalang atau merawat penyakit, contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes. Aku tak nak masyarakat salah faham, bile sebut diet je, otomatik fikir tak nak makan.

Bagi kita yang sihat walafiat ini, haruslah mengamalkan pemakanan seimbang. Korang ingat lagi tak dengan piramid makanan yang kita belajar time sekolah rendah dulu? Yang paling bawah carbohydrate, and then vegetables n fruits dan seterusnya...



Pada tahun lepas, (2011) First Lady Amerika Syarikat, Michelle Obama telah mengilhamkan 'my plate' menggantikan piramid makanan. Senang sket untuk faham dan di praktikkan berbanding piramid.

Gunakan imaginasi korang untuk isik nasik dan lauk pauk apabila mengambil makanan sama seperti gambar di atas ok! :p


Golongan wanita terutamanya ramai yang taksub untuk kuruskan badan. Bukan tak boleh untuk kurangkan pengambilan makanan, kawan-kawan aku ada yang dah berjaya untuk kurus. Cuma jangan tak makan langsung sudah. Kang pengsan siapa susah. Jangan jadi macam kat bawah.

Anorexia Nervosa. Cantik ke?? scary wohh




Kesimpulannya, "BERDIETLAH SECARA BERHEMAH"



Thanks for reading! :)




Sem Baru, Azam Baru, Semangat Baru
Saturday, 18 February 2012 • 11:39 • 1 comments

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah seminggu Semester baru bermula. Lagi 5 sem untuk aku menghabiskan degree yang aku ambik sekarang. My life now macam biasa je, kembali kepada student life. Maksud aku, kalau lapar tengah malam, makan megi n buat air milo panas. Pergh. Sekarang ni aku baru je menikmati Mi Ruski tom yam. Memang nikmat. Kena sangatlah dengan slogan die --> Inilah Hikmat, Inilah Nikmat :D

Mi Ruski, diperkaya dengan VitA, Zat Besi dan Iodin. Dapatkan segera di farmasi2 berdekatan!

Sebenarnye aku saje je letak tajuk kat atas kasi perangsang sket untuk diri aku ni. Sekarang ni tak ade semangat lagi untuk bekerja keras.. Semangat dah lari.. homesick :(   *ish,tetibe. Emm..result exam sem lepas dah dapat last week. Alhamdulillah semua subjek lulus n PNG pon naik.. dapat A dan B je. Walaupun tak dapat dean list, tapi aku seronok n SYUKUR.. . Alhamdulillah lagi skali...

Exam Mode
Saturday, 7 January 2012 • 01:20 • 4 comments

Assalamualaikum...

Yo. Sekarang pukul 4.15 petang dan sekarang aku sedang 'bertungkus-lumus' study subjek Biomechanics of Human Motion. Tahukah anda perasaan dan 'kesoronokan' study subject sebegini pada waktu panas ini? Memang best. Anda pon tahu itu. 

Isnin ni aku start final exam untuk semester yang ke-3. U ols tolong doakan aku dapat jawap soalan exam dengan elok k =')

jadual exam yang comey

Senior2 aku ade bagitau, final exam untuk semester 3 adalah lebih senang daripada semester 1 dan semester 2.. Aku harap memang macam tu lah. And aku insyaAllah akan buat betol2 untuk this coming exam.. Tak mo maen2 dah. Ahaks. 

TAPI, aku sekarang tengah ADDICTED dengan RUNNING MAN.. and this is the problem... Running Man adalah reality show from Korea... Boleh dikatakan setiap hari at least 1 episod aku tengok. Seriously, Running Man tak pernah tak membuatkan aku tak ketawa terbahak-bahak.

ahli RM


aku minat die ni. Song Ji Hyo. Satu2nye perempuan dalam RM.

Ok lah, nak sambung study. Because of the exam mode, tak dapatlah aku nak berblogging selalu... Kesian blog aku ni kan. Selalu je dibiarkan berhabuk dan bersawang. K, take care.. :)

Thanks for reading!







Siri Mata Wang Baru. Pergh..
Friday, 23 December 2011 • 08:33 • 1 comments

Assalamualaikum.

You all dah tengok design baru untuk mata wang or duit or fulus Malaysia? Stylo jugak lah aku tgok. Bank Negara Malaysia juga telah memperkenalkan kembali duit kertas 20 hengget..

Design lama

Design baru
Dengar kata siri mata wang baru ini akan mula digunakan pada Julai depan.. Wang kertas RM 50 pulak akan kekal dalam pasaran semenjak diperbaharui pada tahun 2007..

Colourful. Macam duet mainan Monopoly pon ade kan. :')


Sumber petikan daripada Bernama :

Bahan substrat polimer digunakan untuk membuat wang kertas RM1 dan RM5 menjadikan ia lasak dan bertahan lama serta tidak mudah lusuh kerana wang kertas ini paling kerap digunakan.
Duit syiling bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen tidak terkecuali diberi nafas baru akan mula diedarkan pada Januari 2012.
Mata wang siri baru bertemakan ‘Keunikan Malaysia’ dengan menonjolkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
Tidak ketinggalah ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan :
  • - imej tanda bayang, tingkap pandang telus
  • - potret tera air dengan piksel dan angka
  • - benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
  • - benang kanta mikro, tanda pandang telus
  • - petak kilat berwarna untuk mudah orang awam kenali 


Okay, thanks for reading! :)



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back
;D
Posts About Link Stuff





CREDITS:
Template By: Hasna
Big helped: Syifa
Owner: Sarah Afifah