titotiptop
Kucing Comel yang Kejung
Saturday 2 March 2013 • 09:41 • 1 comments

Assalamualaikum..

Tadi aku pergi kolej 12.. then time nak balik kena la turun lif.. Bukak-bukak je lif, terkezut i bile ternampak kucing kat bawah ni..


Static je die macam tu.. Aku ingatkan sawan, stroke ke..tak pon nak beranak. kui2.. Lepas memeriksa nadi dan melakukan CPR ke atas beliau, beliau sudah pulih dan aktif seperti sedia kala... sekian.

Tu je nak post..  Bye2!  

Titotiptop Berwajah Baru
Sunday 24 February 2013 • 08:16 • 0 comments

Assalamualaikum..

Aku baru tukar template blog. Aku suka gilaks dengan rupa blog aku sekarang!! hahaa.. Simple but still kawaiiiii     (gile hape puji blog sendiri)

And now aku dah masuk semester 6~ Lagi 3 semester nak habis degree. Giler cepat mase berjalan! Weekend ni aku tersangaaaattt la bosan. Selalunye minggu pertama macam ni adalah masa untuk hang out. Tapi disebabkan aku dan kawan-kawan masing-masing tak cukup duit sebab PT n JPA tak masuk lagi, kitorang terpaksa 'hold' dulu keinginan tu. Terperap la aku sensorang dalam bilik layan movie n citer Korea. Disebabkan bosan tahap cipan (aka tenuk aka tapir), aku pon aktifkan la balik blog aku ni.. Aku macam on off je nak berblogging.. Ye larr lagipon aku bukannye blogger tegar pown..kui3




Semester ni aku dah start praktikal. Special case untuk 3rd year pno student, kitorang punyer latihan industri was divided in trimester. 14 weeks at PPUM, 14 weeks at local company and 14 weeks at oversea.. Interesting kan? hahaa. Mulai esok kitorang akan start kat PPUM..

P/S   Mintak-mintak LI dekat oversea tu aku dapat la merase pergi Turki. takpon Jepun.. Hong Kong pon okay jugak.. ahaks. demand2~







JANGAN dalam Islam
Monday 19 March 2012 • 23:36 • 0 comments

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..


Myoelectric hand
• 10:52 • 0 comments

Assalamualaikum.

Video ni time aku takde keje dalam lab, main-main dengan myoelectric hand. Prosthesis ni boleh bergerak bile dapat stimulation dari muscle biceps dan triceps yang akan menyebabkan tangan ini bukak dan tertutup. Boleh grip barang dengan prosthesis ini, tapi takleh angkat barang berat. Walaupon nampak cikai, u know how much it is??


RM 10 000.00... Perghhh.. $_$


Abaikan suara2 background..



'Product' aku last week :)



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back
;D
Posts About Link Stuff





CREDITS:
Template By: Hasna
Big helped: Syifa
Owner: Sarah Afifah