Jom Diet! Monday, 20 February 2012 • 09:43 • 0 comments Hari ni aku nak tulis pasal kesihatan. Saje nak kongsi ilmu yang aku baru dapat ni. Should be good for you also. Sering kali kita mendengar insan-insan yang nak mengecilkan badan mengucapkan perkataan ni kan --> "Eh, aku dietlah, taknak makan". Aku interpret makna ayat tu sebagai tak mahu makan untuk menguruskan badan. Tapi, tahukah anda maksud perkataan diet itu sendiri? Mengikut satu sumber yang aku google, maksud diet yang sebenarnya ialah sesuatu pilihan makanan yang dipilih atau ditentukan khas untuk meningkatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan atau untuk menghalang atau merawat penyakit, contoh diet rendah gula untuk mencegah atau mengawal penyakit diabetes. Aku tak nak masyarakat salah faham, bile sebut diet je, otomatik fikir tak nak makan. Bagi kita yang sihat walafiat ini, haruslah mengamalkan pemakanan seimbang. Korang ingat lagi tak dengan piramid makanan yang kita belajar time sekolah rendah dulu? Yang paling bawah carbohydrate, and then vegetables n fruits dan seterusnya... Pada tahun lepas, (2011) First Lady Amerika Syarikat, Michelle Obama telah mengilhamkan 'my plate' menggantikan piramid makanan. Senang sket untuk faham dan di praktikkan berbanding piramid.
Golongan wanita terutamanya ramai yang taksub untuk kuruskan badan. Bukan tak boleh untuk kurangkan pengambilan makanan, kawan-kawan aku ada yang dah berjaya untuk kurus. Cuma jangan tak makan langsung sudah. Kang pengsan siapa susah. Jangan jadi macam kat bawah.
Kesimpulannya, "BERDIETLAH SECARA BERHEMAH"
Thanks for reading! :) | |