Hati-hati Cermin 2 Arah! Wednesday, 1 June 2011 • 09:47 • 2 comments Alkisah siang tadi..... Dua orang remaja perempuan memasuki ofis International Student Centre (ISC) di Universiti Malaya. Setelah kedua-duanya duduk di kerusi empuk yang disediakan, salah seorang daripada mereka terperasankan cermin di sisi beliau. Beliau yang pantang melihat cermin, terus melakukan ekspresi muka yang paling tak masuk akal atau tak terpikir dek akal sekali pon. "Ah, bukan ade org lain nampak, melainkan kwn aku sorang ni.. lalala~~" fikir si gadis. Pastu, beberapa saat lepas tu, kawannya menegur "Weh...tu pintu la...." sambil tekan perut menahan gelak. "Ape!!! ha,ah la.. cemne aku boleh lupe tu pintu~~" Sejurus kemudian, dua orang lelaki keluar daripada pintu tersebut. SAMBIL GELAK SAKAN. Si *mangsa sempat mendengar salah seorang lelaki tersebut berkata "hebat gak kan pintu tu. HaHAHAhA!" Tawa mereka lebih kuat kedengaran selepas mereka keluar daripada ofis tersebut. *mangsa adalah aku sendiri. kuikuikui... Okeh. Kalau kes aku ni kicik punye hal. Malu sekejap jep. huhuu. Nampak sangatlah aku tak tau malu.. =_=' Tapi! Anda-anda semua.. Adakah anda pasti cermin disekeliling korang adalah cermin biasa atau cermin 2 arah? (ada orang sedang perhati kita dibelakang cermin, tapi kita tak nampak dia!) Bahaye tuh.. Da banyak kali da aku dengar ade manusia-manusia yang bengong meletakkan cermin 2 arah di bilik salinan baju, bilik air kat hotel, tandas awam dan banyak tempat lagi.. Mangsa : tak kira lelaki atau perempuan. Oleh itu, aku nak share beberapa tips untuk kenal pasti cermin dua arah : 1.TEST DENGAN KUKU JARI - Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah! cermin biasa cermin 2 arah 2.TEST DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin, maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah. 3.BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak, jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan. Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut. Oleh itu, behave lah anda didepan cermin. huhuu. Hati-hati taw kawan-kawan.. Test ni tak rugi pun.. Free lagi tu.. Thanx for reading this entry! Bubye.. | |