titotiptop
Tentera Terracotta
Saturday 5 March 2011 • 12:45 • 0 comments

Awat ang buat entry Tentera Terracotta Cik Athirah ooi??

Saja.. sesuka.. huu tok aehh. Aku sengaje sebab ni la tajuk assignment TITAS group aku.. Semalam tido kul 4 pagi gara-gara nak siapkan bende ni. Malam ni plak kitorang balik kui 12 malam lebih. Besok plak kene gather kui 3 petang.. Emm.. kitorang memang bersemangat waja. Aku respect kat sume ahli kumpulan aku coz sumenye efficient n rajin. O_O\


Haaa.. Ni la Tentera Terracotta yang dianggap sebagai penemuan arkeologi terbesar pada abad ke-20. Diorang ni suma dicipta semasa dinasti Qin/Chin, dinasti yang pertama sekali di China. Maharaja dinasti Chin diberi nama Maharaja Shih Huang Ti. Difahamkan, baginda memerintah negara dengan sangat kejam sehinggakan jika ada sesiapa yang membuang sampah di negara tersebut akan disebat dan dikenakan hukuman berat. Tujuan pembinaan patung Terracotta ni adalah untuk menemani perjalanan maharaja di alam akhirat. Baginda percaya bahawa baginda akan terus memimpin kerajaan di kehidupan berikutnya. Akibatnya, beliau mengerahkan rakyat-rakyatnya untuk membina sebuah istana sebagai pusat kerajaan lengkap dengan bala tentera dan pegawai-pegawai pemerintahan.


Uniknya lagi tentang Tentera Terracotta ni ialah tak ade satu pun patung yang mempunyai wajah yang sama. Tinggi diorang pon bervariasi antara 183-195cm. Selain itu, mereka juga mempunyai mimik muka, bentuk baju dan senjata yang berbeza. Mereka diperbuat daripada tanah liat dan diwarnakan. Akan tetapi, kerana depa suma dah tertimbuih dalam tanah selama 2 ribu tahun lebih, warna depa dah luntur dan menjadi keperang-perangan...

Pada dinasti Qin ada beberapa 'projek mega' yang dilakukan iaitu :

  1. Pembinaan 'The Great Wall of China'
  2. Pembinaan patung Terracotta
  3. Pembinaan jalan raya
The Great Wall of China di bina untuk mengelakkan kemasukan puak nomad ke zone depa. Pembinaan jalan raya pula untuk memudahkan laluan pejalan kaki dan kereta kuda. Lebarnya pula mempunyai saiz yang sama ataupun saiz standard.

Pengajaran yang kita dapat adalah kita janganlah menjadi terlalu boros dan jangan mementingkan diri sendiri. Pemimpin pula jangan menjadi diktator dan perlu menjaga keperluan rakyat. 

Orait dude.. aku nak mandi.. da pukul 7.45p.m. pastu study, supaya tak repeat nanti.. bye! ^_^V




Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back
;D
Posts About Link Stuff





CREDITS:
Template By: Hasna
Big helped: Syifa
Owner: Sarah Afifah