titotiptop
Sayangilah Mata Anda
Saturday 9 April 2011 • 12:21 • 4 comments



Mesti ade antara u all sume ni selalu hadap skrin komputer untuk tempoh yang lame.. Ahaks. Same la aku. Tapi fikir juga risiko yang kite akan hadapi. Walaupun dianggap biasa, tapi kita kene ingat dalam tempoh yang lama menggunakan komputer boleh menyebabkan mata kabur dan munculnya tompokan pada mata putih. Doktor pakar mata menyarankan agar sering melakukan aktiviti merehatkan mata yang digelar 20-20-20. Bende ni boleh diaplikasikan hari2 ye kawan2..

1 Setiap 20 minit melihat skrin komputer, alihkan perhatian ke arah objek yang tinggi 20 kaki. Ia perlu dilakukan untuk mengelak mata letih.

2 Kerdipkan mata sebanyak 20 kali berturut-turut untuk membasahkan serta melancar peredaran otot mata.

3 Korang kene jalan kaki, 20 langkah setiap 20 minit serta duduk dalam posisi tertentu. Secara tak langsung, membantu peredaran darah bukan hanya pada bahagian mata tetapi juga seluruh tubuh badan.



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back
;D
Posts About Link Stuff





CREDITS:
Template By: Hasna
Big helped: Syifa
Owner: Sarah Afifah