titotiptop
BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH
Tuesday, 26 April 2011 • 07:35 • 4 comments




Segmen kedua yang aku masuk! Ahaks. Walaupun minggu exam, hati masih tegar untuk masuk segmen abang Ben ni.. Ok. Cerita pasal waktu sekolah dulu, memang banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat.. Mesti korang pon same kan. Sekolah, tempat aku menimba ilmu, juga tempat aku menjadi seorang insan yang bernama manusia. 
THANK YOU TEACHERS, LUV U FRIENDS..

Daripada darjah 1, sampai la darjah 5 aku sekolah kat SRK Sg. Udang, Melaka. Kat sini, kurang sikit memori yang dapat aku cerita. Apa yang aku ingat, aku adalah seorang pelajar yang baik :P 

Then, waktu darjah 6, aku pindah ke Perak sebab family kitorang pindah rumah lepas ayah aku pencen askar. Aku sekolah pulak dekat SRK Kampung Nasib, Enggor, Perak. Ahaks. Glamour kan name sekolah ni.. Kat sini best. Sebab aku budak baru. Budak baru kan macam dapat perhatian sikit. Lebih2 lagi aku dapat nombor 1 dalam kelas.. Ngeh3.. Bukan nak bangga.. nak cerite memori manis je...BestFreeDesign.Com border=

Pastu, form 1, aku masuk SMK Gunung Rapat, Ipoh Perak. Sekolah ni pon best. Dalam banyak2 sekolah, kat sini la paling banyak memori yang aku kumpul dengan kawan2.. Aku ni budak RK (Rancangan Khas) so, kena stay asrama la.. Wuuhuu.. kalau kat asrama, mesti la popular dengan kakak n abang angkat kan. Kadang2 kasi adiah, men surat2.. hahaha aku pon tak terkecuali. Then, kenangan lain, dulu aku masuk tarian. Aku join sebab peer pressure minat. Ape yang aku ingat, first penglibatan aku dalam pertandingan menari adalah menari poco-poco.. Macam tak dek tarian lain je kan. hahaha. Then, taridra (tarian & drama) pastu form 4 aku masuk tarian zapin.. Dapat johan dowh!! ahaks. Tapi peringkat zon je la. hehe.

sekarang da lain.. dulu takde pon bangunan belakang tu~~


Then, disebabkan result PMR aku yg agak best, aku pon masuk MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang..
Kat sini, aku telah berubah menjadi semakin 'baik'.. Tapi dalam baik2 itu, banyak kali gak aku & the geng nyorok dalam locker sebab ponteng prep. muahaha. Kat MRSM ni, kitorang di'wajib'kan pergi surau untuk solat berjemaah.. hehe. Tapi aku selalu je sodorm (panggilan kitorang untuk 'solat dalam dorm'). Baik tak aku? hehe

kelas aku time form 5 : 502

Tu je la ringkasan pasai kenangan time sekolah.. Kalau cite sume, sampai besok pon tak abes ni. huhu. 
TaTaTiTiTuTu~~

p/s : nak join? Klik sini . 
 Tapi tarikh tutup 12 am ni tau!! cepat2!!   :)






Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;) Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back
;D
Posts About Link Stuff





CREDITS:
Template By: Hasna
Big helped: Syifa
Owner: Sarah Afifah